Lelaki jadi jutawan selepas 36 tahun hidup guna baucer sahaja, tak pernah keluar duit satu sen beli barang keperluan | SelayangPandang.Net

https://selayangpandang.net/lelaki-jadi-jutawan-selepas-36-tahun-hidup-guna-baucer-sahaja-tak-pernah-keluar-duit-satu-sen-beli-barang-keperluan/

Rumah ayam.

KENAPA MENTERI PERUMAHAN SAMPAI DIMURKA TUANKU JOHOR? KENAPA JPJ BERMURAH HATI MEMANSUHKAN SISTEM PEPERIKSAAN UNTUK LESEN JDL/PSV?

Sedar atau tidak, hanya melayu dan parti melayu yang berpecah. Akibatnya melayu berantakan dan melayu hanya sibuk bergaduh dan berpolitik. Bangsa lain dan kaum lain terus dibela oleh pemimpin mereka yang mana ianya amat bagus dan baik kepada kaum mereka.

Persoalan diatas sy tanyakan kerana sy pasti tak ramai yang ambik tahu berkaitan kenapa isu perumahan B40 atau flat untuk rakyat miskin tidak mendapat perhatian Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Kenapa tak dapat perhatian? Kerana purata dan lebih 90% rakyat yg tinggal di flat atau rumah PPRT itu orang melayu. Menteri Perumahan pula dari DAP dan berketurunan Komunis. Perkara ini sehingga mengundang murka Tuanku Sultan Johor sendiri.

Sedar atau tidak satu sistem peperiksaan dijalankan kepada pemandu yang mahu mengambil Lesen JDL untuk Pengangkutan Barang dan PSV untuk Pengangkutan Penumpang untuk me.astikan tahap keselamatan dan pemahaman pemandu agar mematuhi setiap undang-undang pengangkutan jalan.

Menteri Pengangkutan telah mengumumkan satu pemansuhan kepada sistem ini. Dengan kata lain tak perlu lagi ambil periksa. Selepas pemansuhan syarat peperiksaan ini pemandu hanya perlu menduduki satu kelas taklimat atau satu bengkel walau datang dalam keadaan mabuk sekali pun atau boleh sahaja tidur dalam taklimat tersebut dan terus dapat sijil selepas taklimat tersebut dan boleh terus memohon untuk lesen JDL/PSV. Siapa dapat manfaat?

Kenapa pemansuhan ini dibuat dan direka oleh Menteri Pengangkutan? Ia kerana taklimat tersebut disampaikan dalam Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu. Ramai calon atau pemandu berbanga Cina gagal dalam peperiksaan tersebut kerana tidak memahami Bahasa Rasmi Negara iaitu Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu.

Justeru demi memberikan kelebihan kepada Bangsa Cina maka Menteri Pengangkutan telah memikirkan satu kaedah yang cukup berkesan membantu sahabat kita kaum cina.

Adakah ianya salah? Terpulang kepada individu untuk melihat ianya salah atau tidak tetapi membantu atau memudahkan kaum sendiri satu perkara yang amat mulia.

Kenapa kedua2 isu ini saya tulis? Ini hanyalah satu contoh kepada Menteri terutama dari UMNO untuk turut memikirkan kaedah atau cara membantu kaum melayu bumiputera melalui kementerian anda. Adakah salah membantu kaum melayu bumiputera?

Sy tidak bercakap soal perkauman. Saya hanya menulis bagaimana Menteri dari DAP ini sensitif atau tidak bila melibatkan kaum. Flat yang melibatkan majoriti melayu tidak diurus dengan baik sehingga menimbulkan murka Tuanku Sultan Johor. Mansuh Peperiksaan JPJ semata mahu melihat kaum cina lebih senang lulus walau tak tahu berbahasa melayu. Kaum mana yang dapat manfaat dari tindakan me teri DAP ini?

Siapa yang bijak? Siapa yang bodoh dok berpolitik siang malam. Penganggur yang hanya kerja masuk keluar kedai kopi pun memiliki lebih 30 group whatsapp politik. Hebatkan. Anak kat rumah nk beli buku pun kena tunggu-tunggu tapi ibubapa sibuk berpolitik siang malam. Orang atas kaya raya tapi yang melalak dalam group whatsapp ada yang berhutang untuk beli top up internet.

Bangkitlah wahai bangsaku.

Pesara
Bukit Belacan.